Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Sajat ni memang tak pernah habis setiap hari ada je. Kali ni dia siap berani berikan kenyataan ingin menukar agama pula. Kes ini turut menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sehingga beliau turut tampil menggulas mengenai isu tersebut.


Mantan mufti Wilayah tersebut memberi amaran bahawa orang Islam dilarang bergurau dan mempersenda perkataan keluar dari agama Islam kerana ia satu perkara yang serius.

Bukan saudara Sajat sahaja, tapi kepada semua. Kalimah untuk keluar Islam atau murtad bukanlah satu kalimah yang boleh kita buat gurauan.

Kita hendaklah merasakan mulia apabila kita memeluk agama Islam dengan syahadah yang kita lafazkan, ikrar yang kita janjikan.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial memaparkan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman meluahkan kekecewaan terhadap orang sekeliling.

Lepas JAIS keluarkan ‘statement’ (kenyataan), saya sudah malas nak fikir.

Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam.

Saya keluar daripada agama Islam, itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam.

[fbcomments]