Kes penderaan kanak-kanak semakin membimbangkan sekali gus menjadi isu masyarakat yang wajar ditangani segera.
Ketika kanak-kanak lain merasai kasih sayang ibu bapa, namun malang buat kanak-kanak ini apabila dia didakwa menjadi mangsa dera kepada ibu dan juga bapa tirinya.
Kena pukul dengan ibu
Semalam kita telah mendapat berita dimana seorang wanita berusia 41 tahun iaitu ibu kepada mangsa, telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
Mangsa yang berumur 10 tahun, bagaimana pun mendakwa bahawa dirinya telah dipukul oleh ibu kandungnya sendiri. Namun selepas disiasat, kecederaan yang dialaminya adalah berpunca daripada perbuatan bapa tirinya.
Bapa tiri tekup guna besi panas
Difahamkan, bapa tirinya mendera mangsa dengan menggunakan besi dan pisau yang dipanaskan untuk ditekup di kulit badan kanak-kanak malang itu.
“Kecederaan itu dilakukan bapa tirinya menggunakan pisau yang dipanaskan…”
Kanak-kanak itu mendakwa dipukul di bahagian badan selain ditekap dengan besi panas.
Kini pihak polis sedang mengesan bapa tiri mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan bakal dihukum jika sabit kesalahan.