Bukan semua insan berpeluang mengecapi kehidupan yang baik seperti tinggal dirumah besar, katil yang empuk dan persekitaran tempat tinggal yang mendamaikan.
Menerusi satu perkongsian di Facebook seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Yee Eten, dia telah memuat naik beberapa gambar kanak-kanak sedang tidur di satu tilam buruk di belakang sebuah bangunan.

Buku tulis bersepah-sepah
Disamping kanak-kanak tersebut juga terlihat satu beg plastik dipercayai pakaian mereka serta lambakkan buku tulis disekeliling kawasan itu.

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian tersebut, tidak ada sebarang maklumat berkenaan situasi yang dinyatakan. Cuma pemilik akaun Facebook itu memberitahu bahawa gambar-gambar yang diambil adalah di Sibu, Sarawak.
Kes lari rumah. Dah selesai katanya
Walau bagaimanapun, menerusi posting daripada Sarawak Nang Best, seorang lelaki telah memaklumkan bahawa kes tersebut telah selesai. Menurutnya, kanak-kanak 4 sekawan itu lari dari rumah ekoran daripada masalah keluarga yang dihadapi sehingga mengakibatkan mereka mengambil keputusan tidur di belakang bangunan.
