Selepas hampir tujuh bulan meloloskan diri, usahawan kosmetik Sajat dilaporkan ditahan pihak imigresen Thailand di sebuah kondominium mewah di Bangkok pada 8 September lalu.


Namun ia dibebaskan selepas diikat jamin oleh seorang kenalannya sebanyak AS$2,000 (RM8,343) pada 10 September selain diarahkan untuk hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari.

Usaha membawanya pulang untuk menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor atas kesalahan berpakaian wanita yang dilakukannya di Shah Alam pada tahun 2018 itu sedang berlangsung.

Rundingan agak sukar tetapi kita tetap optimis untuk membawanya pulang. Sukar disebabkan ada campur tangan pihak antarabangsa membabitkan negara dan pertubuhan tertentu yang menghalangnya.

Melalui hasil soal siasat pula mendapati Sajat memaklumkan dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia.

Semakan imigresen Thailand mendapati pasport Sajat dibatalkan kerajaan Malaysia. Dia kemudian menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan memaklumkan adalah seorang pelarian.

Semakan mendapati Nur Sajat memperoleh kad UNHCR yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok.

Malah difahamkan juga ibu pejabat UNHCR sudah menyediakan peguam untuknya.Hmmm.. Korang rasa?


Tapi tak pelik ke macam mana dia boleh lolos?

Menurut kenyataan dari Harian Metro, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman itu menggunakan taktik memakai purdah dan niqab bagi mengelakkan daripada dikesan pihak berkuasa sebelum lolos ke Thailand.

Malah ada juga sumber yang mengatakan Sajat membayar RM20,000 kepada seorang lelaki yang dipercayai mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand yang mahir dengan selok-belok di kawasan sempadan.

Sebaik tiba di Padang Besar, Sajat dimasukkan ke gerabak kereta api barang sebelum lolos ke Padang Besar, Thailand bersama lelaki terbabit.

Lelaki sama kemudiannya membawa Sajat ke Hat Yai. Dia kemudiannya diserahkan kepada seorang lelaki yang membawanya hinggalah ke Bangkok.

[fbcomments]