fbpx

Sebut sahaja nama ‘Sajat’ mesti ramai tertanya-tanya ke mana hilangnya usahawan penuh kontroversi ini yang kini tengah hangat kononnya dia menghilangkan diri.

Tapi baru-baru ini, dia ada berkongsi beberapa gambar menunjukkan dirinya sedang bersantai di tepi pantai di Instagram. Malah ramai yang mendakwa bahawa lelaki itu kini sedang bercuti namun lokasinya masih dirahsiakan.

Syoknya bersantai di tepi pantai

Malah ada netizen memberi kenyataan telah berjaya membongkar lokasi ‘villa’ tempat Sajat dikatakan sedang bersembunyi :

Netizen turut berkongsi beberapa keping gambar ‘lokasi’ sebenar sebagai perbandingan dengan gambar-gambar yang diambil dari Instagram Sajat.

Sofa berbelang serupa

Alas pinggan macam sama

Kawasan pantai yang sama

Kolam renang pun nampak sama

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi jawapan dengan nama lokasi tempat itu namun rata-ratanya salah.

Bagaimanapun, seorang lagi netizen tampil memberikan bukti berserta gambar-gambar hasil carian Google, menunjukkan sebuah villa yang terletak di Thailand.

Apa yang mengejutkan adalah kesemua gambar tersebut kelihatan mirip dengan lokasi keberadaan Sajat, sama seperti yang dikongsi oleh Sajat di Instagram.

Di Thailand??!

Cari punya cari sampai ke lubang cacing, akhirnya berjaya juga menemui nama dan lokasi villa yang didakwa menjadi ‘persembunyian’ Sajat.

Villa dimaksudkan itu bernama Villa Maroc Resort Pranburi yang terletak di negara Thailand. Berikut merupakan koleksi gambar villa itu yang dikongsi oleh netizen:

Sama atau tak sama? Korang bandingkanlah sendiri ya. Hebat kan kuasa detektif netizen, wajar dapat pingat pentauliahan!

[fbcomments]