Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS), John Mauger telah mengesahkan kesemua lima penumpang kapal selam Titan yang mahu meneroka sisa bangkai kapal persiaran mewah, Titanic di dasar Laut Antlantik disahkan meninggal dunia, hari ini.

Kapal selam yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu itu dipercayai meletup berhampiran dengan Titanic dan kesemua ahli keluarga mangsa terbabit telah pun dimaklumkan.

Penumpang kapal selam yang terkorban, Hamish Harding (atas kiri), Stockton Rush (atas kanan), Shahzada Dawood dan anaknya (bawah kanan) dan juga Paul-Henri Nargeolet (bawah kiri)

Serpihan Kapal Ditemui Kira-Kira 1600 Kaki Dalamnya

Menurut sumber Berita Harian, serpihan kapal yang ditemui oleh pasukan pencarian dan penyelamat berhampiran Titanic menjadi petunjuk perjalanan Titan berakhir di Laut Atlantik.

“Bahagian ekor Titan bersama serpihan lain ditemui kira-kita 500 meter dari bangkai Titanic, yang terletak kedalamannya sedalam 4,000 meter di bawah laut berkenaan”, jelas media.

CEO Syarikat Yang Kendalikan Ekspedisi Berkenaan Turut Maut

Menurut OceanGate, kesemua penumpang Titan termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stockton Rush turut menjadi mangsa nahas dalam kejadian tersebut.

“Dengan penuh rasa duka, kami kini mempercayai bahawa CEO kami, Stockton Rush, Shahzada Dawood dan anaknya Suleman Dawood, Hamish Harding, dan Paul-Henri Nargeolet, telah hilang,” kata syarikat itu dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Menurut syarikat itu lagi, kapal selam OceanGate dilaporkan hilang mampu memuatkan lima orang dengan bekalan oksigen selama empat hari. Namun, OceanGate tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai bagaimana ia mengesahkan kesemua penumpang meninggal dunia.

Kredit: Berita Harian, Mstar

[fbcomments]