Kasih Seorang Ayah.Melihat Anaknya Makan Begitu Lahap, Si Ayah Hanya Duduk Je Lihat Buah Hatinya Itu
Seorang ayah pasti akan lakukan yang terbaik buat anaknya. Mereka bertanggungjawab memastikan keluarga sentiasa hidup senang dan selesa.
Jadi mereka ini kebiasaannya akan bekerja dengan bersungguh-sungguh siang dan malam demi mencari rezeki yang halal buat isteri dan anak-anak tanpa mengenal erti letih. Itulah yang dinamakan seorang ayah.
Namun baru-baru ini, sekeping gambar yang menyentuh perasaan tular di media sosial negara jiran.
Gambar tersebut memperlihatkan seorang ayah yang memakai kostum arnab sedang duduk bersandar sambil melihat anaknya yang sedang makan. Gambar yang membawa seribu makna.
Kedua-dua mereka didakwa sering dilihat berhampiran sebuah kampus universiti di Jawa Barat Indonesia.
Lelaki dan kanak-kanak itu kerap ditemui di tepi kampus Gunadarma, Margonda, Depok. Tepatnya di jambatan ke arah stesen Pondok Cina.
Kasih ibu membawa kesyurga, kasih ayah kekal selamanya.