Sebelum ini, ibu kepada penyanyi Shila Hamzah, Fauziah Sarman ada mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan kapsyen sebagai penyondol.
Nampaknya, hari ini, Fauziah mengesahkan wanita itu merupakan isteri kedua ND Lala yang juga madunya.
“Isteri Dato’ ND Lala… Datin Siti Munirah Abd Ghani,” begitulah kemaskini yang dibuat semula pagi ini di hantaran tersebut.
Hantaran itu sekali gus mengesahkan spekulasi ND Lala yang kononnya telah berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda darinya.
Penyondol ialah kawan sekolah Shila sendiri?
Pelantun lagu Patah Seribu itu pernah memuat naik hantaran mengenai mencari orang ketiga itu di Instagram Story miliknya.
Jelas pemilik nama Nurshahila Amir Amzah, Siti Munirah adalah rakan baiknya ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah.
Meskipun tidak memperinci tujuan sebenar, penyanyi itu menyatakan ‘ini antara hidup dan mati.’
Siti Munirah juga bukanlah orang asing dengan keluarga mereka. Malah, wanita itu pernah belajar di sekolah yang sama dengan Shila iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah di sini. Siti Munirah juga difahamkan sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis-majlis tertentu terutama keluarga.
Sumber: Harian Metro