Penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin kini berada dalam keadaan kritikal dengan kadar oksigen pada kedudukan 40 peratus. Pekara ini telah dikongsikan sendiri oleh suaminya, Shuib.
Doktor menghubungi petang tadi memaklumkan keadaan terkini Siti Sarah.
Keadaan Siti Sarah tidak baik, sangat-sangat tidak baik. Kata doktor kadar oksigen hanya 40 peratus dan doktor akan tiarapkan dia.
Perkara ini diumumkan oleh Shuib dalam sesi bacaan Yassin dan doa selamat menerusi aplikasi Zoom sebentar tadi.
Kelazimannya, prosedur meniarapkan pesakit dilakukan bagi membolehkan paru-paru seseorang itu kembali normal dan dapat membekalkan oksigen ke dalam tubuh.
Terdahulu, Siti Sarah yang yang popular dengan lagu Kesetiaan itu telah dikejarkan ke hospital pada Rabu lalu selepas dijangkiti COVID-19. Berikutan Siti Sarah sedang hamil tujuh bulan, doktor telah mengeluarkan bayi dalam kandungannya sekitar pukul 5 petang Jumaat.