fbpx

Anak kepada aktor Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona, sering menjadi mangsa kontroversi dari segi pakaian mahupun gerak-gerinya.

Pempengaruh TikTok itu sekarang sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom dan sedang bercuti sempena menyambut hari raya. Dalam sebuat wawancara bersama mStar, Leona ada memberi pendapat mengenai segala kecaman yang diterima.

Gadis 21 tahun berkata, meskipun dia dikecam, dia tidak pernah mengambil kisah tentang apa yang diperkatakan orang tentang dirinya.

“Saya tak baca sebarang komen ditulis tentang saya sebab ia akan buat saya beremosi… saya sebenarnya pelik sebab saya buat apa pun pasti akan ada artikel dan publisiti. Tak buat salah pun kena kecam juga, pelik.

“Walaupun terima pelbagai kecaman ia tidak jejaskan kehidupan saya dan sebaik-baiknya jagalah keluarga sendiri dan bukannya ibuk menjaga tepi kain orang lain,” katanya lagi.

Tidak Culture Shock dengan Kebebasan diberi

Azhar Sulaiman sememangnya tenang dalam mengawal setiap kontroversi yang diterima mengenai anak-anaknya. Leona juga mengakui perkara tersebut dan menceritakan pengalamannya di United Kingdom.

“Parents I bukan jenis strict. Kat Malaysia pun saya ada kebebasan buat apa yang saya suka”

“Jadi saya tidak culture shock dengan kebabasan yang ada. Cuma di sana saya lebih tenang kerana di sana tiada siapa yang mengenali saya”

Leona mengakui kehidupan di United Kingdom banyak membuatkan dirinya berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain. Malah dia juga sudah pandai masak.

Sumber: mStar

[fbcomments]