Kebiasaannya kita akan menggunakan kenderaan yang lebih besar untuk membawa barang-barang.


Tetapi lain pula yang terjadi apabila dua orang pemuda ini dengan selamba membawa katil hospital dengan hanya menggunakan motosikal sahaja.

Tidak mempunyai kenderaan lain

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sekitar Jambatan Satok, Kuching Sarawak.

Seorang pengguna Twitter telah memuat naik video berdurasi 10 saat itu di pada awal November yang lalu, telah mendapat pelbagai reaksi netizen.


Menurut komen yang ditinggalkan oleh netizen, kemungkinan mereka dalam usaha untuk menghantar katil tersebut ke jabatan kebajikan atau mahu membawa katil berkenaan balik ke rumah bagi digunakan oleh ahli keluarga yang sedang sakit.

Namun disebabkan tiada kenderaan, terpaksa dibawa dengan menggunakan motosikal sahaja.

Tiada yang bantu

Dalam masa yang sama, ramai juga netizen yang turut melahirkan rasa simpati kepada penunggang tersebut kerana terpaksa membawa katil berkenaan dengan cara begitu.

Tidak kurang juga yang rasa kecewa kerana tiada kenderaan yang berhenti bagi menghulurkan bantuan.

Derma kepada rumah kebajikan

Walau bagaimanapun, ada yang mendakwa bahawa lelaki ini dalam perjalanan nak ke rumah kebajikan untuk mendermakan katil tersebut.

Semoga katil berkenaan berada dalam keadaan yang baik sebaik sahaja sampai ke destinasi dan dapat digunakan oleh mereka yang memerlukan.

[fbcomments]