fbpx

Menerusi perkongsian Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa dengan panggilan Anju, beliau ada memuat naik di Instagramnya bahawa beliau telah hamil beberapa bulan lalu namun mengalami keguguran baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, beliau tetap kelihatan tenang menerima ujian tersebut dan turut berkongsikan mengenai bahaya serta kesan sampingan melakukan suntikan ‘filler’ di payudara.

Sekadar kesedaran

Beberapa bulan lepas Anju mengandung tapi gugur. Bukan nak cerita kesian kat video ini cuma nak beritahu. Tak ada rezeki kan tapi Anju cuba nak pregnant lagi.

Dalam masa yang sama, Anju memberitahu bahawa dia berkongsikan pengalaman yang dilalui selepas menyuntik ‘filler’ di bahagian payudaranya, adalah untuk memberi kesedaran sahaja dan mohon tiada yang salah anggap.

Anju share apa yang anju lalui sekarang ni ye…Please don’t judge dan diharap anda semua terbuka dengan perkongian ini. Tujuan Anju share bukan nntuk nak jatuhkan orang, tetapi untuk create awareness. Anju sendiri tengah lalui benda ni, so Anju nak share with you guys.

It was my choice untuk letak barang terlarang dalam badan aku. Jangan salah anggap dengan video ini atau jangan salahkan tempat aku pergi buat ‘filler’ dulu ya

Payudara terasa sakit

Menurut Anju lagi, ketika hamil beberapa bulan lalu, payudaranya membengkak dan sakit. Perkara itu membuatkan dia terfikir akan kesan sampingan ‘filler’ jika hamil lagi dan akan berjumpa dengan doktor pakar untuk mengeluarkan filler tersebut.

Saya akan pergi bertemu Doktor Chiam untuk rawatan mengeluarkan ‘filler’ di bahagian dada. Ini adalah plan sebelum saya hamil lagi nanti.

Video ini dikongsi sebab sekurang-kurangnya korang tahu apa nak buat selepas ini.

[fbcomments]