fbpx

Semakin hari semakin banyak pula kes dan kejadian kejam yang dilaporkan melibatkan penganiyaan haiwan oleh segelintir manusia.

Menurut laporan Daily Mail, seorang anak singa betina telah di patahkan kaki belakangnya gara-gara demi memenuhi keinginan manusia sekelliling. Kaki anak singa ini dipatahkan agar dia tidak mampu untuk melarikan diri dan dapat bergambar dengan pelancong di pantai Rusia.

Anak singa malang tersebut dikatakan telah dipisahkan dengan ibunya ketika dia berusia 3 minggu lagi dan telah ‘bekerja’ dengan seorang jurugambar yang kejam. Bahkan, si pelaku didakwa telah mematahkan kaki anak singa ini untuk menghalangnya melarikan diri apabila dia semakin membesar.

Bukan sekadar itu, kesihatannnya semakin merosot apabila sering diseksa dan dipukul sehingga mengalami kecederaan parah pada bahagian tulang belakang yang mampu meragut nyawa singa berkenaan.

[fbcomments]