Setiap ibu bapa haruslah mempunyai kesabaran yang tinggi terutama jika mempunyai anak yang masih kecil. Jika gagal mengawal kesabaran, maka anaklah yang akan menjadi mangsa. Begitulah apa yang terjadi di Padang Rengas, Perak baru-baru ini.

Berang anak minta air ketika sedang menikmati makanan

Si bapa berang selepas anak perempuannya berusia tujuh tahun meminta air ketika sedang makan malam, seorang bapa bertindak di luar kawalan dengan menghempas kanak-kanak itu ke lantai.

Akibat hempasan itu, mangsa dikatakan mengalami luka di dahi sebelah kiri selain bengkak di bahagian kepala selepas terkena bucu meja makan.

Walau bagaimanapun, kejadian tersebut disedari isteri suspek yang ketika kejadian sedang menguruskan jadual persekolahan anak-anaknya selepas terdengar suaminya memarahi mangsa sebelum disusuli jeritan dan tangisan.

“Suspek mendakwa mangsa sudah mengetuk kepalanya sewaktu dia sedang menikmati makan malam lalu membuatkannya marah. Siasatan awal mendapati suspek mengangkat lalu menghempas mangsa ke lantai sebanyak sekali.” – Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar 

Mempunyai 5 rekod kes dadah & 2 kes jenayah

Selepas kejadian, suspek yang berusia 37 tahun itu melarikan diri namun berjaya diberkas di rumahnya. Difahamkan juga suspek baru sahaja dibebaskan dari penjara dua minggu yang lalu.

“Pemeriksaan mendapati suspek yang juga seorang penganggur mempunyai lima rekod membabitkan kes dadah selain dua rekod jenayah.” – Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar 

[fbcomments]