Sejak musim COV1D 19, rakyat Malaysia tidak dibenarkan bercuti di luar, maka ramailah keluarga yang cuti-cuti Malaysia. Namun dalam masa yang sama, tidak dinafikan juga ramai yang terkesan dengan pandemik ni sehingga ada yang kena buang kerja, ada yang mengalami pengurangan gaji daripada majikan.

Jadi, sebab itulah sekarang ini terdapat banyak juga tempat percutian dalam negara kini menawarkan pakej-pakej yang menarik dengan harga murah daripada biasa! Maka inilah peluang keemasan yang tidak dilepaskan untuk merasai sendiri bercuti di tempat-tempat mewah dengan harga yang berpatutan.

Walau bagaimanapun, cuti tu cutilah juga tapi janganlah buat perangai sampai diangkutnya semua macam nak berpindah seperti yang terjadi di sebuah hotel mewah ini.

Lexis Hibiscus PD is a 5 star hotel. Memang laa tengah murah. Tp jangan laa buat mcm Lexis Hibiscus PD ni mcm Homestay….

Posted by Media Viral Melaka on Ahad, 20 September 2020

Menurut perkongsian tersebut, ada keluarga yang siap bawa rice cooker dengan harapan kononnya nak memasak di dalam hotel dan ada pula bawa toto banyak-banyak demi nak sumbat hampir 7 ke 8 orang dalam satu bilik hotel!

Lexis Hibiscus PD is a 5 star hotel. Memang laa tengah murah. Tp jangan laa buat mcm Lexis Hibiscus PD ni mcm Homestay. Macam nak buat kenduri dah sy tengok.

Dengan itu, Lexis Hibiscus PD dah buat a very very very strict rules. Masa nak check in nanti, diorg akan spot check. Sorg2 dia check.

Max 1 bilik boleh 7 org dewasa shj (kanak2 umur 12 tahun ke bawah x ada limit). Dewasa ke-8 x boleh masuk dah. Maknanya kene ambil bilik lain atau pegi beli tiket bas, pulanglah anda ke kampung halaman nan indah. Lepas tu, dalam 7 org dewasa tu pulak, max 4 dewasa shj free. Dewasa ke 5-7, ada extra cas.

Tengok shelf tu, dah mcm shelf kat senheng dah. Siap bawa batang pancing.  Hampa nak masak2 dekat hotel yg x ada dapur. Hotel ada rules. Kenapa hotel x bagi masak dalam bilik? Sebab nanti langsir, tilam, bantal, dinding semua bau. Ingat senang ke nak hilangkan bau tu. Hotel kene keluarkan extra cost utk buangkan bau tu tau. Kalau bilik berbau, next guest akan complain. So, hotel terpaksa bagi bilik lain. Udah rugi 1 bilik.

Mindset tu tolong tukar sikit. Fikir org lain sama. Jangan selfish sgt.

Haish, pagi2 isnin dah bebel. 

[fbcomments]