fbpx

Pengarah dan pelakon, Erma Fatima kagum dengan kecekalan seorang pemuda yang hadir ke temuduga di syarikatnya walaupun mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad berkata, pemuda tersebut tetap mahu meneruskan sesi temuduga walaupun dalam keadaan berdarah selepas dilanggar lari oleh sebuah kereta.

Beliau memuat naik sebahagian rakaman video kemalangan berdurasi 17 saat oleh seorang pemandu yang menjadi saksi kejadian terbabit.

Menurut pengarah drama Mak Cun itu, pemuda berkenaan mengalami patah tulang rusuk selain memerlukan masa lebih kurang sebulan untuk kembali sembuh.

“Dan aku dapat tahu tulang rusuknya patah dan hatinya bengkak. Dia mesej kata mungkin sebulan lagi baru dia akan pulih. Dia suruh bagi je jawatan tu pada orang lain katanya. Akak akan tunggu…

Kau lulus temuduga ini bukan kerana kau kemalangan tetapi kerana kecekalan kau dik. Moga begitu jugalah dedikasinya kau dalam mencari rezeki.

Akak doakan kau cepat sembuh dan jawatan untuk kau sentiasa ada di syarikat akak. Akak tunggu,” ujarnya.

Posting berkenaan turut menerima komen daripada ibu pemuda itu yang memohon doa supaya anaknya segera sembuh.“Dia anak saya Erma, kesian dia…

[fbcomments]