Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan selepas kembali mendapat akses ke akaun TikTok miliknya, namun mendakwa masih menerima pelbagai reaksi negatif daripada pengguna media sosial.

@papalarisofficial

plz follow page baru ni @Papa Laris 1 @papalaris1

♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang

Dapat Semula Akses TikTok, Aliff Syukri Luah Kecewa Masih Dikecam Netizen

Menerusi perkongsian di Threads, Aliff berkata kepulangannya ke platform tersebut tidak seperti yang diharapkan apabila dia mendakwa dihujani komen kecaman serta pelbagai tuduhan daripada segelintir pihak. Menurutnya, keadaan itu membuatkan dia berasa sedih kerana usaha untuk kembali aktif di akaun berkenaan disambut dengan pandangan kurang menyenangkan.

Aliff turut mempersoalkan mengapa terdapat segelintir masyarakat yang dilihat tidak memberi sokongan terhadap kejayaan atau usaha individu lain. Beliau menyeru agar orang ramai khususnya masyarakat Melayu mengamalkan sikap saling menghormati, menyokong dan tidak mudah membuat andaian terhadap seseorang.

Dalam perkongsiannya, usahawan itu turut meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa ada pihak yang sering mencampuri urusan peribadinya walaupun dia tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain.

Sebelum ini, Aliff menjadi perhatian selepas berkongsi beberapa video memaparkan dirinya menangis susulan dakwaan akaun TikTok miliknya dikenakan sekatan sehingga tidak boleh melakukan siaran langsung selama tempoh lima tahun.

Beliau turut memuat naik paparan tetapan akaun TikTok @papalarisofficial yang menunjukkan fungsi siaran langsung hanya dijangka dipulihkan pada 15 Julai 2031.

Kredit: Thread aliffsyukriterlajaklaris

 

[fbcomments]