Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos peroslkan kenapa banyak operasi banteras perjudian dijalankan, namun tiada tangkapan melibatkan tauke perjudian serta pemilik-pemilik premis.
Persoalannya, mereka tahu premis yang digempur itu adalah pusat judi tetapi di mana taukenya, operator serta pemilik premis yang terlibat? Sehingga kini tiada yang didakwa.
Sedia beri tunjuk ajar pada KPN
Jadi saya harap dapat bertemu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador serta bersedia memberi tunjuk ajar kepada PDRM untuk menyelesaikan masalah judi haram di sekitar negeri Selangor dengan pengalaman yang saya ada.
Dalam pada itu, Jamal turut menggesa polis membuka kembali siasatan pusat-pusat perjudian yang digempur beliau di sekitar Ampang, Selangor pada tahun 2016 sehingga beliau dituduh dan didakwa di mahkamah atas kesalahan samun berkumpulan iaitu Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Jelasnya, gesaan itu bukan kerana tidak berpuas hati tindakan yang diambil terhadapnya namun beliau mendapati semakin banyak premis-premis perjudian yang dibuka atas ‘lesen’ pusat hiburan keluarga.
Terdapat 5,000 premis judi di Selangor
“Saya merasakan saya dizalimi ketika itu walhal ada tinjauan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain dapati kira-kira 5,000 premis perjudian di sekitar Selangor.
Itu menjadi tanggungjawab saya sebagai orang awam untuk mendedahkan kegiatan itu, jadi saya harap polis boleh buka kembali kertas siasatan.