Pendakwah bebas dikenali sebagai Abu Syafiq hairan apabila wanita yang ingin disaman kerana memfitnahnya kini bertukar menjadi lelaki pula.
Dalam satu hantaran di media sosial, Abu Syafiq berkata beliau ingin mengemukakan saman kepada individu berkenaan kerana mendakwa dirinya telah mengkafirkan orang.
“Inilah wajah orang yang telah memfitnah saya. Dia memfitnah saya kononnya saya mengkafirkan orang Islam dan menghina kerja amal. Saya bersumpah demi Allah saya tidak mengkafirkan orang Islam dan tidak hina pekerjaan baik orang Islam. Siapa jumpa orang ini sila buat laporan polis ya. Dan bagi tahu dia saya ‘kirim salam’ serta bertanya kenapa wajah anda dah jadi gelap dan bermisai?” tulis beliau di laman sosial Instagram.
Abu Syafiq turut memuat naik gambar wanita yang didakwa memfitnahnya dengan dua versi berbeza termasuk memiliki misai.
Abu Syafiq sebelum ini mengundang kontroversi apabila dikatakan “mengkafirkan” penyampai motivasi dan ahli perniagaan Ebit Liew pada 23 April. Walau bagaimanapun, dia ada memaklumkan bahawa laman Facebooknya telah digodam pihak tertentu.
BACA : Betul Ke Ustaz Abu Syafiq Mengkafirkan Ustaz Ebit Lew? Ini Apa Yang Terjadi!
Pada 7 Mei lalu, ekoran kontroversi itu Abu Syafiq memfailkan saman terhadap Amin Idris selepas personaliti televisyen terbabit enggan membuat permohonan maaf secara terbuka dan memadam kenyataan didakwa berbaur fitnah.
Peguam mewakili Abu Syafiq, Nurul Hafidzah Hassan, mengesahkan saman ke atas Amin dan seorang individu lain yang tidak didedahkan identitinya difailkan di mahkamah Sesyen Shah Alam dan Kuantan.
Menurut peguam dari firma NHA Advocates and Solicitors itu Amin disaman atas dakwaan memuat naik kenyataan memusnahkan jenama peribadi, imej dan reputasi Abu Syafiq.