Pendakwah bebas yang dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq sekali lagi tampil menggemparkan media sosial apabila telah mengkafirkan Ustaz Ebit Lew.
Kenyataan itu dibuat oleh beliau di satu ruangan komen di salah satu hantaran dalam facebook miliknya semalam.
Sokonglah Ebit Liew kapiaq hampa
Menurut sekeping gambar tangkap layar interaksi komen antara beliau dan netizen, kenyataan itu susulan dari ugutan beberapa netizen yang mahu melaporkan laman facebook beliau itu agar ditutup.

“Report-lah. Sokonglah Ebit Liew kapiaq hampa tu. Hiduplah di dalam masyarakat yang riak. Semoga Allah SWT laknat puak-puak ini,” menurut komen yang dibuat oleh Ustaz Abu Syafiq.

Facebook di godam
Walau bagaimanapun, beliau ada keluarkan kenyataan bahawa Facebook telah digodam.
“Penting. Page Facebook saya kena godam. Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary atas nama Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.
“Harap maklum. Saya Ahli Sunnah wal Jamaah, tidak kafirkan orang Islam. Harap maklum.”