Seorang lelaki berusia 21 tahun di Thailand akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke hospital walaupun malu selepas hampir seminggu kemaluannya tersangkut dalam batang paip besi.
Untuk kepuasan, tapi akhirnya…
Difahamkan, tujuan utama dia memasukkan kemaluannya ke dalam batang paip adalah untuk kepuasan nafsunya sendiri. Tapi malang tidak berbau apabila ianya bertukar menjadi tragedi ngeri.
Memasukkan kemaluan ke dalam batang paip 5 sentimeter panjang
Menceritakan semula bagaimana insiden itu boleh berlaku, mangsa membalut kemaluannya menggunakan stokin sebelum memasukkan alat kelaminnya ke dalam lubang batang paip berukuran lima sentimeter panjang.
Selepas kegembiraannya memuncak, kemaluannya bengkak teruk dan darah tidak dapat mengalir dengan sempurna lalu tersangkut.
Kemaluan bertukar menjadi kehitaman dan lebam
Dalam tempoh lima hari itu mangsa cuba mencari jalan untuk membebaskan kemaluannya termasuk menggunakan pelincir tetapi masih juga gagal mengeluarkannya.
Akibat terlalu lama tersangkut, akhirnya kemaluan lelaki tu bertukar menjadi kehitaman dan lebam.
Berisiko kehilangan alat kemaluan
Sementara itu doktor berkata, mangsa berisiko kehilangan alat kemaluannya kerana kulit di bahagian itu sudah mereput teruk dan tisu-tisunya turut terjejas.
Memandangkan tiada lagi cara lain yang boleh dilakukan, akhirnya dia pergi ke hospital.
Pasukan perubatan terpaksa mengambil masa selama tiga jam untuk cuba memotong batang besi itu dengan menggunakan sebanyak 25 mata pisau.
.