Tak kira hujan atau panas, namun sebagai ketua keluarga, lelaki ini terus ikhtiar berusaha menyara keluarganya walaupun agak sukar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Itu lah yang dilakukan seorang lelaki warga emas yang menjual pelbagai jenis sayur di bahu jalan berhampiran kawasan Kampung Lahar Yooi, Tasek Gelugor.

Kisah ini dikongsi oleh Nur Aina yang meminta pertolongan orang ramai berdekatan lokasi itu agar meringankan beban pakcik berkenaan. Lebih menimbulkan rasa simpati apabila pakcik itu menjual di tengah panas terik matahari namun tiada pelanggan yang singgah membeli.

[fbcomments]