Penyanyi terkenal Khai Bahar ada membuat satu ciapan di platform Twitter miliknya, yang memberitahu kriteria yang dimahukan dalam hubungan percintaan.

Ciapan tersebut berbunyi seperti ini:

“Dalam hubungan ni tak minta lebih pun, sekadar setia dan perhatian, dan sampai sekarang aku masih tak kahwin, k bye,” ujarnya.

Twitter @khaibahar94_

Namun, situasi menjadi hangat apabila ada seorang individu yang membalas ciapan tersebut dengan tuduhan kepada selebriti tersebut.

Gadis itu menganggap Khai sebagai seorang yang hanya pandai berkata-kata. Gadis itu sempat memberitahu, pelantun lagu Bayang itu pernah meninggalkan rakannya tanpa sebarang penjelasan.

“Pandai lah kau berkata-kata. Dulu kau buat kawan aku macam mana? Bertahun-tahun kau diam. Kau nak kau datang, kau tak nak kau bla macam tu je. Alasan sebab malu. Gila.

“Malas nak ngeteh. Tapi Khai, kalau kau baca tweet aku ni. Aku nak pesan satu je, tolong ye minta maaf kat kawan aku. Jangan hilang senyap macam tu je sampai ke sudah.

“Berjanji itu ini pastu kau hilang menyepi, jadi orang tu tolong lah berhati perut sikit,” kata gadis yang dikenali sebagai Syura itu.

Sumber: xtra

Namun, menurut laporan xtra, individu tersebut telah memadam ciapan tersebut dan meminta maaf kepada selebriti itu.

Menurutnya, isu tersebut sudah diselesaikan dengan baik antara Khai dan rakannya itu dan dia tidak berniat untuk memburukkan nama baik sesiapa.

“Untuk tweet Syura pasal Khai Bahar & kawan tu dah diselesaikan dengan baik. Dan Syura pun taknak burukkan nama sesiapa pun. Kedua-dua pihak dah berbincang.

“Syura minta maaf kalau tweet Syura jadi kontroversi,” ujarnya.

Sehingga kini, masih tiada kenyataan dari tuan badan iaitu Khai Bahar sendiri kerana dia sedang sibuk dengan penggambaran.

Sumber: xtra

[fbcomments]