Khai Bahar dan Nabila Razali ada mengeluarkan lagu terbaru iaitu Selagi Ku Ada. Dalam sidang media pelancaran lagu terbaru itu, Khai Bahar ada memuji dan mengagumi rakan duetnya itu.
Khai berkata dia banyak melihat peningkatan ditunjukkan oleh Nabila sepanjang perjalanan karier seni wanita itu. Dia juga tidak pernah berputus asa dalam meperbaiki kualiti nyanyian.

“Dakwaan tersebut tidak benar. Sudah banyak peningkatan dalam nyanyian Nabila. Dia seorang yang rajin dan tidak pernah berputus asa.”
“Sebagai seorang sahabat, saya kagum dengan Nabila yang tidak pernah putus asa… dia seorang yang kuat walaupun orang kata dia macam-macam. Dia juga perlukan sokongan daripada rakan-rakan dan peminat. Saya nampak perkara itu.”
“Hari demi hari dia banyak kemajuan, bila rakam lagu bersama dengan dia pun saya terkejut nampak kemajuan dia daripa dulu sampai sekarang,”katanya.
Teguran akan bantu perbaiki kelemahan
Pelantun lagu Luluh itu juga berkata, teguran akan membantu memperbaiki nyanyian seorang penyanyi.
“Bagi saya teguran daripada semua orang tidaklah memburukkan keadaan tapi teguran itu salah satu yang membantu kita untuk perbaiki kelemahan yang ada.”

Lagu Selagi Ku Ada adalah hasil ciptaan sepenuhnya komposer dan penyanyi Amylea Azizan. Lagu ini juga merupakan runut bunyi bagi drama Kerana Cinta Itu Ada yang merupakan lakonan Nabila bersama Aedy Ashraf.
Sumber: mStar