fbpx

Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus menjual kasut emas yang dimenanginya 18 tahun lalu dengan harga RM10,500 menerusi bidaan secara langsung di Facebook miliknya.

Khalid merangkul anugerah kasut emas selepas meledak 17 gol yang turut berjaya membantu Perak muncul juara Liga Perdana 1 pada musim 2002.

Selain Kasut Emas, Khalid turut membuat lelongan pelbagai barangan peribadi termasuk poster, jersi serta medal yang dimenangi sepanjang kariernya.

Tindakan Khalid ‘melepaskan’ barangan yang dianggap mempunyai nilai sentimental tinggi bagi seseorang pemain itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Atas faktor kewangan

Khalid yang turut pernah beraksi bersama Selangor dan Kelantan bagaimanapun menjelaskan dia terpaksa berbuat demikian atas faktor kewangan selepas tiga tahun tiada pekerjaan.

Respon Timbalan Menteri Belia dan Sukan

Namun, menerusi perkongsian terbaharu di Facebook miliknya, malam tadi, Khalid memuat naik gambar ‘screenshot’ perbualan yang didakwa Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Beberapa lagi barangan lain seperti jersi Eintrach Frankfurt juga berjaya dibida oleh peminat selain medal kejuaraan yang pernah diraih ketika berada dalam zaman kegemilangannya.

Selain itu Khalid juga ada berkongsi bagaimana dia menolak tawaran dari pasukan Kedah dengan gaji sekitar RM12,000 sebulan hampir 20 tahun yang lalu untuk terus setia bersama pasukan Perak.

Mesej perbualan yang dipercayai menerusi aplikasi WhatsApp itu menunjukkan Wan Ahmad Fayhsal mempelawa Khalid berjumpanya minggu depan jika ada apa-apa yang boleh dibantu.

[fbcomments]