Menerusi laman sosial Ustaz Ebit Lew beliau telah membeli dua buah van bagi kegunaan perkhidmatan percuma. Satu van untuk digunakan bagi tujuan membawa jenazah manakala sebuah lagi untuk dijadikan ambulans.
Untuk kegunaan insan memerlukan
Kedua-dua van tersebut diberi pakai kepada mereka yang memerlukan tanpa sebarang bayaran akan dikenakan.
Van yang diletakkan dibawah nama Pertubuhan Kasih Umat Malaysia ini boleh sahaja digunakan kepada mereka yang tidak mampu.
Jika memerlukan khidmat van jenazah atau ambulan percuma untuk mereka tidak mampu dan memerlukan boleh hubungi 01170787900 .