Setiap insan mempunyai perjalanan hidup yang berbeza-beza. Tiada sesiapa diatas muka bumi ini dapat meramal takdir yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Perhijrahan indah
Seorang warga emas yang hidup sebatang kara membuat keputusan untuk memeluk Islam pada usia 84 tahun, akhir tahun lepas.
Warga emas bernama Mariam Revert. itu mengucap dua kalimah syahadah pada penghujung tahun lalu di hadapan seorang imam masjid setelah beberapa ketika belajar mengenai agama tersebut.
Semakin tenang
Menurut Mariam, hidupnya kini terasa semakin tenang dan dia bersyukur kerana dipilih ALLAH menjadi seorang Muslim.
Selepas beberapa bulan memeluk Islam, Mariam bukan sahaja sudah mula menghafal surah-surah al-Quran, malah beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mempelajari ilmu agama.
Menjejaki kaki ke masjid
Mariam tiada keluarga atau pun adik-beradik, namun tergerak hati untuk pergi ke masjid dan kini bersama saudara seislam ke Redbridge Islamic Center (RIC) mendalami ilmu Islam dan tidak lagi bersendirian.
Bercerita lanjut, Mariam memberanikan diri untuk ke RIC sebelum dipelawa seorang wanita dan menjemputnya masuk.
Ketika sedang duduk, Mariam bertanyakan kepada jemaah apa yang mereka sedang lakukan dan mereka menjawab sedang bersolat.
Setelah diberi penerangan terperinci apa itu solat, kiblat, secara tiba-tiba Mariam bertanya, bagaimana untuk dia menjadi seorang Muslim.
“Saya mahu menjadi seorang Muslim,” katanya.
Rentetan itu, kini Mariam atau nama sebenarnya Maria telahpun bergelar mualaf.