fbpx

Kini sesi orentasi bagi pelajar darjah satu di seluruh sekolah di Malaysia sudah bermula. Pelbagai kerenah dan juga ragam dapat dilihat yang pastinya mencuit hati.

Sudah tentu ibu bapa akan menemani anak-anak mereka hadir bagi sesi suai kenal tersebut. Namun begitu, menerusi perkongsian yang diperoleh daripada Facebook seorang guru dikenali sebagai Nadwa Nassir, dia telah menceritakan satu suasana sebak di sekolah tempatnya mengajar.

Tulis nombor telefon mak ayah walaupun terbalik

Menurut muat naik itu, seorang kanak-kanak perempuan telah hadir ke sekolah  bersama ibu dan bapanya bagi mengikuti sesi orentasi.

Apa yang menghibakan adalah dia memimpin tangan kedua orang tuanya yang cacat penglihatan bagi bersama-sama menemaninya memulakan alam persekolahan.

“Mak ni kantin, ni padang sekolah…”

Selesai orentasi, kanak-kanak tersebut telah membawa ibu dan bapanya pergi meninjau perkarangan sekolah dan memaklumkan prasarana yang terdapat dikawasan sekolah itu.

Situasi sayu itu telah berjaya dirakam oleh Nadwa dan dia mengakui terkesan dengan keadaan tersebut. Oleh hal yang demikian, dia sempat mencoretkan doa agar anak muridnya itu berjaya didunia dan akhirat serta kuat menempuhi kehidupan.

Air mata tumpah tanpa disedari

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat Nadwa, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa hiba diatas ketabahan anak kecil tersebut.

Mereka juga tidak ketinggalan menitipkan doa agar kanak-kanak perempuan itu membesar dengan penuh ketabahan dan menjadi seorang yang berguna pada masa akan datang.

Sumber : Nadwa Nassir

[fbcomments]