fbpx

Alunan azan adalah alunan yang sangat merdu dan umat Islam mestilah menghormati azan apabila ia didengungkan di mana-mana tempat. Namun, apa yang lagi tertarik adalah rakyat bukan beragama Islam juga boleh tersentuh mendengar alunan azan, ia bagaikan menenangkan hati mereka.

Baru-baru ini, seorang individu beragama Kristian yang dikenali sebagai @mamidanzio telah memuat naik satu hantaran di laman TikToknya berkenaan bayinya menangis jika tidak mendengar alunan azan dan hanya senyap jika azan dapat didengari olehnya.

@mamiyzio

Aku harus sedih atau bangga ini ceritanya🥹😀 #masyaallahtabarakkallah

♬ suara asli – Mamidanzio – Mamidanzio

Video Raih 15.9 Juta Tontonan

“Aku harus sedih atau bangga ini ceritanya”, ciapan ringkas yang ditulis oleh beliau di ruangan kapsyen. Beliau yang bukan beragama Islam terpesona melihat anaknya itu tekun mendengar alunan azan, namun apabila ia dimatikan bayi tersebut akan mula menangis kerana mahu mendengar azan sampai habis.

“Kenapa Suka Dengar Allahuakbar (Azan) Aja”

Melihat video itu lagi, ibu kepada bayi tersebut hairan dengan kelakuan anak lelakinya yang suka mendengar azan. “Kenapa suka dengar Allahuakbar (azan) aja? Udah ya nak, ibu matikan ya nak”, ujar beliau sambil merakam gelagat anaknya itu.

Walaubagaimanapun, selepas wanita itu bertindak mahu mematikan azan, bayi lelaki itu kembali merengek dan mahu meneruskan mendengar alunan merdu azan yang dipasang.

Reaksi Netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakyat beragama Islam telah membanjiri ruangan komen di akaun wanita tersebut. Mereka amat terkejut dan kagum melihat aksi bayi itu yang suka mendengar azan.

Kredit: TikTok Mamidanzio

[fbcomments]