fbpx

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi komplikasi terjadi pada bekas pesakit COVID-19, iaitu ketahanan tubuh tidak kekal.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mendapati antibodi IgM (immunoglobulin M) and IgG (immunoglobulin G), akan berkurangan selepas tiga bulan.

“Jadi mungkin ada kesan kepada imuniti individu tersebut. Jadi kalau individu tersebut mempunyai imuniti yang rendah, maka mudah mendapat jangkitan kuman lain bukan hanya COVID-19.”

Beliau berkata demikian bagi mengulas satu laporan antarabangsa yang menyatakan kehidupan pesakit COVID-19 yang pulih tidak akan kembali normal, kerana ada dalam kalangan mereka memerlukan pemindahan paru-paru dan risiko serangan jantung.

Jelasnya KKM harus memastikan rawatan susulan untuk memantau kesihatan pesakit COVID-19 yang telah pulih, terutamanya dalam kategori 4 dan 5.

Pesakit kategori 4 ialah mereka yang memerlukan oksigen, manakala kategori 5 adalah bagi pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu Dr Noor Hisham berkata, virus COVID-19 menyerang paru-paru dan kesan ‘cytokine storm’ di mana virus menyebabkan kesan kepada saluran darah.

“Adakalanya perjalanan darah perlahanan dan fenomena pembekuan darah berlaku. Ada dua tiga pesakit yang telah kita kesan berlaku di usus dan buah pinggang.”

[fbcomments]