Fuhh makanan popular masyarakat Malaysia ni!
Ye memang wujud kondom perisa-perisa makanan tempatan ni. Kalau korang jenis yang tidak pernah membeli kondom, mungkin tidak perasan tentang kewujudannya ini.
Namun, timbul satu persoalan penting berkaitan inovasi ini – kenapa ia dicipta? Selamat ke?
Perlu ke berperisa?
Pernah tak korang terfikir kenapa kondom berperisa ini wujud?
Adakah ‘miss v’ ni mampu mengesan dan memproses perisa yang terdapat pada kondom tersebut? Adakah pasangan wanita berasa lapar dan akan kenyang dengan menggunakan kondom ni?
![](https://sp-ao.shortpixel.ai/client/to_auto,q_lossy,ret_img,w_500/https://bawangrangers.com/wp-content/uploads/2020/09/32932037_2007390162623257_4750434558967545856_n.jpg)
Sebenarnya, terdapat beberapa sebab yang mendorong kewujudan kondom berperisa ini. Salah satunya adalah untuk menghilangkan bau getah yang kurang menyenangkan. Ini kerana ia diperbuat daripada getah!
Adakah ia selamat?
Tapi persoalannya adakah ianya selamat? Tidak memudaratkan ke? Kondom yang mempunyai bahan lateks tanpa ada perisa adalah alat yang paling efektif untuk mengelakkan kehamilan dan mencegah penyakit kelamin daripada berlaku.
![](https://sp-ao.shortpixel.ai/client/to_auto,q_lossy,ret_img,w_500/https://bawangrangers.com/wp-content/uploads/2020/09/a4d0-1.jpg)
Korang juga mungkin akan mengalami keradangan serta gatal jika mempunyai penyakit alergi jika ianya tidak sesuai.
Jadi daripada sumber-sumber research kami, disarankan untuk memakai kondom yang diperbuat daripada plastik sintetis, tidak berwarna dan tiada bau. So before nak pakai check dulu ye!