fbpx

Shila Amzah dan Ubai Mz baru sahaja mengikat tali pertunangan baru-baru ini. Jurang umur antara Shila dan Ubai iaitu 8 tahun tidak menghalang mereka membawa hubungan ke peringkat seterusnya.

Terbaru, Shila ada menjawab pertanyaan seorang pengikut tentang bagaimana dia membuat ibunya menerima dan merestui hubungan mereka.

Pujuk perlahan-lahan

Shila menasihatkan untuk memujuk orang tua secara perlahan disamping pasangan perlu bijak mengambil hati bakal mertua. Selain itu, perlu juga untuk buktikan kepada orang tua usia bukan penghalang.

“Pujuk la perlahan-lahan. Dan pasangan juga perlu pandai mainkan peranan ‘mengorat’ ibu kamu. Saya rasa kena yakinkan dia yang umur tidak penting,”

“Kalau kamu sorang je pujuk memang penat”

Ramai yang pernah ditolak

Shila juga memaklumkan ramai bekas kekasihnya yang telah ditolak oleh ibunya sebelum ini. Hanya baru-baru ini lebih mudah untuk orang tuanya menerima pilihan hatinya kerana ingin Shila memilih kebahagiaan sendiri.

“Ramai je bekas kekasih saya yang ditolak ibu sebelum ini. Sekarang je okay sebab di penghujung hari, kita dapat memilih kebahagiaan kita sendiri dan bertanggungjawab dengan keputusan sendiri.”

Sekadar info, pempengaruh Ubai Mz berusia 25 tahun manakala Shila Amzah pula berusia 33 tahun dan pernah berkahwin dan mendapat seorang cahaya mata iaitu Seth Uwais.

Sumber: Instagram Shila Amzah

[fbcomments]