Kecoh dalam kalangan warganet mengenai seorang ‘founder’ lelaki apabila beberapa video mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki menjadi tular di media sosial.

Memetik laporan Bernama, pihak polis sedang giat mengesan pengasas produk kecantikan tersebut bagi membantu siasatan berhubung video aksi jelek berkenaan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan, pihak mereka juga sedang mengesan kanak-kanak tersebut serta saksi kejadian.

Siasatan kes berkenaan lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan.

Difahamkan lelaki terbabit yang juga merupakan seorang founder didakwa telah mencium bibir kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai adik angkatnya.

[fbcomments]