Seluruh dunia sedang bimbang dengan wabak penyakit pembunuh yang bermula dari sebuah pasar haiwan dan makanan laut di Wuhan, China.
China telah mengasingkan penduduknya
Baru-baru ini kerajaan China sudah mengasingkan kira-kira 20 juta penduduk di Wuhan dan bandar berhampiran.
Angka kematian terus meningkat. Penyakit misteri dari China itu menunjukkan gejala demam serta masalah pernafasan. Lebih dari 41 orang dilapor sudah terbunuh akibat serangan virus pernafasan itu.
Akibatnya, ribuan orang dijangkiti virus selesema Wuhan. Jumlah kes koronavirus di China sahaja sudah melonjak lebih 1300 orang.

Sifat virus koronavirus hampir sama dengan SARS
Sifat virus ini hampir serupa dengan SARS Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS). Hampir 650 orang terbunuh di China dan Hong Kong pada 2002 dan 2003 akibat SARS.

Wabak rentas negara
Virus dari Wuhan ini wabak rentas negara. Malah, sudah tersebar sehingga ke Amerika Syarikat!
Virus ini juga telah tersebar ke Singapura dengan 3 kes. Kelmarin, Thailand sudah mengesan empat kes koronavirus termasuk seorang wanita warga tempatan berusia 73 tahun yang pernah melawat Wuhan.
Bagi negara bersaiz kecil seperti Malaysia pula, wabak penyakit akibat gaya makan melampaui batas ini amatlah menakutkan.
Oleh itu, ramai yang sarankan kerajaan wajib teliti semula sasaran 4 juta pelancong China.

Kini ia berada di Malaysia!
Terbaharu, lapan warga China yang tiba bersama-sama seorang lelaki yang diuji positif koronavirus di Singapura telah memasuki Malaysia pada Khamis!
Bagaimanapun, mereka telah dikuarantin di sebuah hotel di Johor Bahru untuk pemantauan lanjut.
Cegah sebelum parah
Mencegah lebih baik dari merawat. Ada juga yang mencadangkan supaya mansuhkan sahaja pengecualian visa ketibaan selama setahun dengan tempoh lawatan terhad kepada 15 hari tanpa tempoh lanjutan bagi pelancong China.
Lebih ramai pelancong China masuk, lebih tinggi risiko wabak itu menyerang negara kita.
Bagaimana pula pandangan dan cadangan anda?