Sepanjang penularan pandemik Covid-19 ini, pihak kerajaan menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) terhadap rakyat dengan cara mengawal pergerakan orang ramai bagi mengekang kenaikan kes wabak tersebut.
Bagi individu dari Semenanjung yang pulang ke Sabah atau Sarawak, mereka wajib menjalani ujian calitan. Manakala hanya di Sarawak, ada syarat tambahan iaitu perlu kuarantin diri terlebih dahulu sebelum boleh berjumpa dengan sesiapa.
Begitulah seperti kisah yang diceritakan oleh seorang pemuda di Twitter ini apabila dia perlu menjalani kuarantin diri sebelum dapat pulang ke rumah dan berjumpa kedua ibu bapanya di Sarawak.
Apa yang menyedihkan adalah apabila dia berkongsi gambar kedua ibu bapanya sedang menunggu di bawah panas matahari terik, sambil melambai anaknya dari bawah bangunan.
Anak kena kuarantin, ibu bapa ‘jenguk’ dari jauh
Difahamkan lagi, pada waktu itu ibu bapanya telah menghubungi dan menyuruhnya supaya menjenguk ke luar tingkap. Tanpa disangka, rupa-rupanya mereka berada di hadapan bangunan menunggu kemunculan anaknya di tepi tingkap.
Apa yang lebih memilukan ialah si ayah dan ibu melakukan sedimikian dek kerana perasaan rindu terhadap anak mereka setelah lama tidak berjumpa.
Mereka sanggup berdiri di bawah matahari terik semata-mata ingin melihat anak tersayang.