fbpx

Peminat bola sepak berduka dengan berita lagenda bola sepak Brazil, Pele dilaporkan dalam keadaan kritikal. Kesihatan Pele dilaporkan merosot akibat kanser usus yang dihidapnya semakin parah. Beliau juga dilaporkan memerlukan  rawatan rapi susulan daripada kemerosotan fungsi buah pinggang dan jantung.

Anaknya, Kely Nascimento telah berkongsi kehibaannya menerusi satu postnya di Instagram.

Kely bersama beberapa orang ahli keluarga telah berkumpul bersama-sama Pele di hospital menyambut perayaan Krismas beberapa hari lalu. 

“Meskipun dalam kesedihan, masih banyak yang kami syukuri. Bersyukur kerana masih dapat bersama, bersyukur dengan kasih sayang, dan bersyukur saya masih dapat bersama ayah”. 

“Satu malam lagi bersama”

Begitulah hantaran Instagram daripada Kely yang telah menyentuh hati ramai pembaca. Kely telah berkongsi foto beliau memeluk erat ayahnya yang sedang terlantar di Hospital Albert Einstein, Sao Paulo, Brazil. 

Turut berkongsi kedukaan di laman Instagram ialah anak lelaki Pele, Edinho yang turut memuat naik foto dengan kapsyen, “Ayah, kekuatanku bersamamu..”.

Pele pada usianya yang ke-82 tahun itu telah berjaya menjulang Piala Dunia bersama pasukan Brazil sebanyak tiga kali. Semoga Pele diberikan kesembuhan. 

[fbcomments]