Kehilangan isteri tercinta amat menyedihkan. Terutama apabila pemergiannya itu dalam keadaan mengejut. Itulah yang berlaku kepada seorang warga emas yang kematian isteri akibat kemalangan jalan raya.

UPDATE TERKINI.Hasil ujian covid keatas jenazah telah pun di sahkan NEGATIF. InshaAllah jam 2pm nanti polis akan…

Posted by Siti Nabyelah Ithinin on Isnin, 28 September 2020

Seperti perkongsian Siti Nabyelah Ithinin di Facebook, seorang pemuda tampil bertemu pak cik saudaranya selepas berasa bersalah menjadi punca kematian isteri lelaki itu.

Tampil akui silap

Kerana rasa bersalah dan kesal dengan apa yang terjadi, seorang pemuda beranikan juga diri untuk tampil bertemu sendiri suami kepada makcik yang telah dilanggarnya sehingga maut.

“Ini ka yang melanggar tu?”
“Iya pakcik. Dia la yang terlanggar macik”
“Bukan juga sengaja bah tu…”

Seketika ibu saya mencelah.
Dengan tenang pakcik berkata

“Ooh.. Iyalah. Apa boleh buat. Dia ada di sana. Kau pun ada di sana”

Sebak rasa hati, betapa tabahnya hati pakcik menerima takdir. Sebak juga rasa hati, terlihat jelas betapa takut, menyesal, dan sedihnya anak muda ini.

Bila di minta untuk cerita semula apa yang terjadi. Ambil masa yang lama untuk menenangkan diri. Dengan suara terketar-ketar di ceritakan semula apa yang terjadi. Allahu..

"Ini ka yang melanggar tu?""Iya pakcik. Dia la yang terlanggar macik""Bukan juga sengaja bah tu…"Seketika ibu…

Posted by Siti Nabyelah Ithinin on Rabu, 30 September 2020

Terlalu panik dan takut

Kesimpulan ceritanya, bukan niatnya untuk lari selepas terlanggar. Cuma terlalu panik dan terlalu takut hingga otak tidak lagi dapat berfikiran waras.

Tertulis sudah Takdir didalam Qada’ Qadar Nya sejak Azali. Tiada dendam, tiada amarah.

Namanya juga manusia, tidak terlepas dari silap dan salah. Apa yang pasti setiap ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya.

Pakcik, saya minta maaf

“Pakcik.. saya minta maaf pakcik… “
Sayu sekali suaranya, air mata mengalir laju.
“Tidak apa, nak. Janganlah fikir-fikir lagi. Tidak apa..”

Di usap-usap lembut kepala anak muda itu.

Lalu kedua mereka pun menangis deras. Kami yang di sekeliling juga turut menangis simpati. Simpati dengan nasib yang menimpa kedua mereka. Allahu..

Seorang abang bekerja menanggung adik2

Menurut wanita ini lagi, pemuda yang telah melanggar makcik nya itu merupakan seorang anak yatim piatu semenjak kecil lagi dan kini dia menggalas tanggungjawab membesarkan adik-adiknya.

Apa pun keputusan dari pihak polis, semoga tidaklah terlalu berat buat seorang abang yang berkerja keras menanggung adik-adiknya yang masih bersekolah (ibu ayah tidak ada sejak mereka kecil lagi).

Seorang abang yang menggalas sepenuhnya tanggungjawab seorang ibu dan ayah. Dialah ibu, dialah ayah, dialah abang. Allahu Allah.. remuk hati ini seremuk-remuknya. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka berdua di dunia dan akhirat. Pakcik tersebut juga telah memaafkan si pelaku.

[fbcomments]