Di media sosial trending dengan video Lathi Challenge yang menampilkan kreativiti solekan pada wajah. Trend ini juga mendapat sambutan dari pengguna media sosial dari Indonesia dan Malaysia.
Bagaimanapun, Lathi Challenge yang berasaskan dari lagu asal Lathi nyanyian Weird Genius ini mendapat respon dari Pencetus Ummah Syed Bakri. Dia berpendapat bahawa trend ini hukumnya haram disebabkan faktor yang dihujahkannya ini.
Lathi Challenge haram!
Kecoh apabila ambe nyatakan bahawa perbuatan yang sedang viral sekarang iaitu Lathi Challenge adalah haram kerana ianya menyalahi apa yg dibenarkan oleh Syarak ‘Barang siapa yang merintis suatu sunnah (yang baik) dalam Islam, maka baginya pahala amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) pahala orang yang mengamalkannya selepasnya dan barang siapa yang merintis suatu sunnah (yang buruk) dalam Islam, maka baginya dosa amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) dosa orang yang mengamalkannya selepasnya (HR Imam Muslim).
Dengan merakamkan video berlatarbelakangkan lagu, dengan solekan ala-ala syaitan, maka adakah ingin kita katakan perbuatan itu harus dilakukan? Hukum dalam agama bukan berdasarkan akal semata-mata tetapi mempunyai nas.
Meniru gaya orang kafir
Semalam saya membawa hadis tentang meniru gaya orang kafir, walaupun golongan penyokong Lathi Challenge menyebut bahawa ianya di asas oleh orang Indon dan walau sekalipun dia seorang Muslim tetap ada sumber awal yang menyebabkan mereka berani membuat sesuatu yang menyalahi syarak.
Anak-anak melihat perkara ini, dan ramai yang meniru terutama sekali orang perempuan dengan gaya yang mengaibkan. Perlu kita menutup pintu-pintu fitnah kepada agama dan umat Islam ini agar tidak merebak sehingga melalaikan manusia.
Ambe guna hujjah dan dalil, namun tetap ada yang berani nak cabar dan argue dengan menyatakan itu dan ini. Sila teruskan jika rasa Lathi Challenge itu sunnah yang baik, ambe tak mampu nak menyekat kecuali hanya menegur.