Selepas Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM12,000 ke atas pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, kini lelaki itu ingin disaman oleh penduduk di pekan situ pula.
Penduduk dan pemilik kedai di pekan Napoh akan memfailkan saman sebanyak RM1 juta terhadap Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, bagi menuntut kerugian selepas mereka terkesan dengan kluster Sivagangga.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff, yang memaklumkan, tuntutan saman itu dibuat berdasarkan nasihat peguam bagi memberi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya melanggar arahan kuarantin.
Menurut kenyataan dari Astro Awani, lebih 100 penduduk dan peniaga yang mahu memfailkan saman kepada pemilik kedai tersebut.