Semalam sebuah majlis bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat buat Allahyarham Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey (Abam Bocey) anjuran Astro Warna telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan.
Lebih 1000 orang hadir
Dalam majlis itu, seramai lebih dari 1,000 jemaah terdiri daripada pelbagai pihak telah hadir.
Majlis tahlil semalam juga disertai rakan artis termasuklah ahli kumpulan Bocey sendiri, Fad dan Achey, Presiden SENIMAN Encik Zed Zaidi dan Naib Presiden SENIMAN Zuraini Kassim, Dato AC Mizal dan Datin Emylia Rosnaida, Dato Fizz Fairuz, Mawi, dan ramai lagi.