Kebakaran terbesar yang berlaku di Australia telah mengorbankan banyak kehidupan . Bukan sahaja manusia, malah haiwan juga turut menerima kesannya. 

Bukan hanya kehilangan tempat tinggal, malah sumber makanan juga turut musnah dan jadi terbatas. Jika manusia boleh di ikhtiarkan, tapi bagai haiwan pula bagaimana?

Oleh yang demikian, kerajaan persekutuan New South Wales telah mengambil langkah bijak dengan mengagihkan sumber makanan kepada hidupan di dalam hutan. 

Antara makanan yang diberikan ialah ubi keledek, lobak dan beberapa sayuran segar.

Mereka telah menggunakan pesawat Choppers untuk menjatuhkan ribuan kilogram makanan tersebut kepada hidupan yang masih terperangkap dalam hutan.

[fbcomments]