Selepas lebih empat tahun menjalani rawatan dan pemantauan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman akhirnya dibenarkan pulang ke rumah.

Perkembangan itu dikongsikan sahabatnya yang juga bekas anggota kumpulan Brothers, Akbar Azmi, menerusi hantaran video di Threads.

tekan video di sini

Yasin Sulaiman Akhirnya Pulang Selepas Lebih Empat Tahun Di Hospital Bahagia

Akbar memaklumkan beliau sempat menghubungi Yasin yang ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dan berada berhampiran Tapah. Beliau turut meluahkan rasa syukur serta menyifatkan kepulangan Yasin sebagai berita yang amat menggembirakan selepas lebih empat tahun menjalani rawatan.

Untuk rekod, pada 28 April tahun lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Yasin dan mengetepikan hukuman yang sebelum ini dijatuhkan terhadapnya. Bagaimanapun, Yasin diarahkan untuk ditempatkan semula di Hospital Bahagia Ulu Kinta sehingga mendapat perkenan Sultan Selangor.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup serta 16 sebatan terhadap Yasin selepas beliau didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dadah.

Kredit: Thread akbarbinazmi

[fbcomments]