Masihkah anda ingat dengan bekas pelakon bernama Zul Yahya? Sejak kebelakangan ini dia sering menjadi bualan hangat netizen.
Jika sebelum ini, kecoh mengenai pengakuanya yang sudah memberhentikan anak-anaknya bersekolah dan hanya mahu fokus kepada akhirat. Kini yang terbaru, dia telah menerusi laman Instagramnya, dia memuat naik beberapa kenyataan tentang ‘vaksin’ yang sudah lama diperolehi oleh seluruh umat Islam.
Dah begitu lama umat Islam memiliki vaksin yang bukan sekadar mencegah tapi mampu menyembuhkan. Habatus sauda dan madu tapi tak yakin dengan sunnah.
Lebih yakin dengan perubatan yang belum tentu ada jaminannya. Bukan madu tiga ye!
Kenyataan yang dikeluarkan itu mengundang teguran dan rasa tidak selesa daripada warganet.