Siapa sangka dengan memakai dan menggunakan fon telinga atau earphone boleh membawa padah. Seorang lelaki Orang Asli dimaklumkan terkena sambar petir pada dua hari yang lalu dan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan untuk mengangkut lelaki terbabit untuk mendapatka rawatan susulan.

Sumber Gambar: BH Online

Kerap Pengsan Selepas Disambar Petir

Menurut sumber yang dipetik dari BH Online, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Mazlan Roslan, 18, dikatakan disambar petir ketika menggunakan earphone sehingga menyebabkan beliau kerap pengsan sejak Ahad lalu. Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Mohd Hasrizal Kamaruzzaman berkata, lelaki terbabit dibawa dari Kampung Pinchong, Pos Gob ke HGM menggunakan pesawat Agusta Westland 139 (AW139).

“Pesawat berlepas dari pangkalan udara pada 4 petang dan tiba di Kampung Pinchong 5.38 petang. Pesakit dalam keadaan sedar, namun memerlukan pengusung untuk dibawa ke helikopter kerana tidak mampu berdiri dan difahamkan selepas kejadian dua hari lalu dia kerap pengsan. Pesakit diserahkan kepada anggota Kementerian Kesihatan (KKM) yang sudah menanti untuk dihantar ke HGM”, ulasnya kepada media.

3 Jam Beroperasi Untuk Selamatkan Pesakit

Menurut Hasrizal lagi, operasi tersebut melibatkan lima orang anggota unit udara yang diketuai oleh Juruterbang Faridullahamin Mohd Noh dan dibantu oleh Sarifuin Ladulu. Pesawat dikatakan selamat tiba di pengkalan udara pada jam 7 petang dan keseluruhan waktu operasi adalah selama tiga jam enam minit, ditambah dengan cuaca hujan lebat di sekitar Raub.

Kredit: BH Online

[fbcomments]