Percaya atau tidak, mangsa jenayah seksual ini tidak hanya terdiri daripada kaum wanita sahaja tau! Ada juga kes yang melibatkan kaum lelaki cuma ia jarang dilaporkan.
Baru-baru ini, seorang lelaki hampir menjadi mangsa ‘rogol’ kepada seorang lelaki gila seks dalam kejadian di Batu 4, Gombak 29 Ogos lalu.
Ditarik ke dalam kereta
Seorang lelaki berdepan detik mencemaskan apabila ditarik ke dalam kereta oleh lelaki gila seks yang bertindak membuka seluar.
Dalam kejadian 9.30 malam itu, mangsa berusia 23 tahun yang berada di hadapan rumahnya didatangi jiran memberitahu ada seorang lelaki ingin bertemunya.
Menurut sumber, tanpa mengesyaki apa-apa mangsa pergi ke arah kereta itu sebelum tiba-tiba ditarik masuk ke dalam kenderaan terbabit.
Menjerit minta pertolongan
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, suspek bertindak membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya, mangsa telah menjerit meminta tolong.
Dia cuba menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa yang menyedarinya sebelum suspek bertindak membuka seluar.
Terkejut dengan tindakan lelaki itu, mangsa terus menendang kemaluannya dan melarikan diri
Sumber berkata, bagaimanapun suspek yang berang mengejar mangsa dan menarik rambut serta menghempas kepalanya ke dinding rumah jiran.
Dicekik dan ditumbuk
Malah mangsa yang terbaring turut dicekik dan ditumbuk di hidung sehingga berdarah.
Suspek kemudian bertindak melarikan diri selepas kejadian itu disedari jiran. Mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Dia yang bimbang dengan keselamatan diri kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak untuk tindakan selanjutnya.