Seorang penunggang motosikal disahkan maut, manakala isteri serta bayi lelaki mereka mengalami kecederaan parah dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori di Jalan Empangan, Taman Murni Jaya, Machap pada malam semalam.

Penunggang Motosikal Maut, Isteri dan Bayi Cedera Parah Dirempuh Lori di Machap

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.30 malam ketika pasangan suami isteri berusia 28 tahunitu bersama bayi lelaki mereka yang berusia setahun sedang dalam perjalanan dari arah Tasik Machapmenuju ke kawasan perumahan berhampiran.

Siasatan awal mendapati motosikal jenis Benelli TNT300 yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan selepas dikejar seekor anjing, sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian belakang sebuah lori yang diparkir di bahu kanan jalan.

Akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala isterinya serta bayi mereka mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, pihak polis memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati pemandu lori berusia 42 tahun terbabit dalam kejadian tersebut negatif ujian dadah. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Kredit: Astro Awani

 

 

 

[fbcomments]