Baru-baru ini tular di media sosial sebuah rakaman CCTV yang menunjukkan seorang lelaki mencurigakan memasuki ruang solat wanita di sebuah masjid di Batang Kali, Selangor, sebelum melarikan seorang kanak-kanak perempuan.

Video di bawah:
https://www.instagram.com/reel/DGUr4HiJ_Vb/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Suspek Mencurigakan Dikesan Masuk Ruang Solat Wanita, Didakwa Cuba Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh

Video yang dikongsikan memaparkan detik cemas apabila lelaki berkenaan menceroboh masuk ke Masjid Jamek Sungai Masin ketika jemaah sedang menunaikan solat Subuh. Berdasarkan rakaman, suspek dilihat memakai kopiah putih, baju T kuning berbelang hitam dengan logo ‘1&1’ di bahagian depan, serta berseluar hitam.

Difahamkan, selepas membawa mangsa ke lokasi lain di dalam masjid, suspek cuba melakukan perbuatan tidak senonoh sebelum melarikan diri. Bagaimanapun, insiden tersebut berjaya dirakam menerusi beberapa kamera litar tertutup yang dipasang di dalam kawasan masjid.

Video di bawah:
https://www.facebook.com/share/v/18KD5Ceis8/?mibextid=wwXIfr

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan mengenai video tular berkenaan pada jam 8.19 pagi. Bertindak atas laporan itu, polis telah menahan seorang remaja lelaki tempatan berusia 19 tahun bagi membantu siasatan.

“Suspek berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu esok untuk permohonan reman,” katanya menerusi kenyataan rasmi.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal menegaskan bahawa maklumat lanjut mengenai kes ini hanya akan dikongsi berdasarkan kenyataan media rasmi, sejajar dengan peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 yang menitikberatkan privasi mangsa dan keluarganya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kredit: Kosmo!, FB Araaz Media Network

 

[fbcomments]