fbpx

Seorang wanita bertindak luar kawalan apabila dia telah menyimbah air panas kepada seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) yang juga merupakan jirannya sendiri ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri di Bayan Lepas baru-baru ini.

Lelaki OKU Kena Simbah Air Panas

Memetik laporan Buletin TV3,  mangsa merupakan OKU Sindrom Down namun boleh bercakap dengan baik dan normal.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas mangsa masuk ke dalam lif yang pada ketika itu mahu pulang ke rumahnya yang berada di tingkat 16 bangunan tersebut.

“ Kejadian mangsa disimbah dengan air panas itu sempat dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) lif terbabit dan ketika kejadian, hanya mangsa dan wanita itu sahaja yang ada di dalam lif itu. Mangsa yang berusia 33 tahun mengalami kecederaan sehingga melecur di bahagian depan dan belakang badan akibat kejadian tersebut,” jelas Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain.

Suspek Sudah Berjaya Ditahan

Setelah adik mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian, suspek yang merupakan seorang wanita cina berusia 39 tahun itu telah berjaya ditahan di bawah apartment berkenaan pada jam 9.12 malam.

“Polis menahan wanita itu di bawah apartment berkenaan ketika mahu pulang ke rumahnya. Kita turut merampas beg tangan dan bekas air yang disyaki digunakan oleh suspek dalam kejadian. Suspek dibawa ke mahkamah semalam bagi permohonan reman,” jelasnya.

Kredit: Buletin TV3

[fbcomments]