fbpx

Semalam tular satu video yang dirakam CCTV di laman Twitter @majoritionline berkenaan seorang lelaki OKU bertindak luar kawalan apabila beliau dilihat menyerang dan mencabul seorang wanita di sebuah tangga rumah kedai di Tuaran, Sabah.

Lelaki itu yang turut dipercayai kurang siuman dan juga penagih dadah telah ditahan polis selepas disyaki mencabul tiga wanita di sekitar pekan terbabit.

Ditangkap Pada Jam 3 Pagi Semalam

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Noraidin Ag Maidin menjelaskan tangkapan yang dibuat adalah berdasarkan laporan polis oleh tiga wanita yang berusia 15 tahun hingga 31 tahun yang dikatakan telah dicabul oleh suspek.

“Hasil siasatan awal di kalangan mangsa mengatakan, suspek telah datang secara tiba-tiba memeluk mangsa dari arah belakang dan mencabul mangsa. Selain itu, suspek juga bertindak agresif merampas beg tangan dan terus melarikan diri menyebabkan mangsa mengalami kerugian wang tunai”, jelas Noraidin dalam satu kenyataan, semalam.

Baru Tiga Hari Dikeluarkan Dari Hospital Mesra

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Buletin TV3, siasatan mendapati suspek tersebut bersifat tidak siuman dan merupakan pesakit yang berdaftar di Hospital Mesra Bukit Padang, kota Kinabalu. Beliau juga baru sahaja dikeluarkan dari hospital terbabit pada tiga hari lalu.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah dan suspek tidak siuman”, katanya.

Kredit: BuletinTV3

[fbcomments]