fbpx

Heboh diperkatakan mengenai seorang lelaki warga Rohingya yang menggelar diri sebagai Long Tiger, baru-baru ini dimaklumkan telah ditahan pihak polis.

Kantoi bukan warganegara Malaysia

Tangkapan itu dibuat berikutan, dakwaan bahawa suspek telah membuat satu kenyataan berbaur memfitnah terhadap seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

Menurut Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, kini suspek direman lima hari kerana kesalahan memfitnah pegawai polis.

“Suspek juga bukan warga Malaysia seperti yang didakwa dilahirkan di Mentakab, Pahang sebaliknya adalah pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).”

Semalam, Ayob Khan mengesahkan penahanan Long Tiger selepas gambar dan video penahanannya tular di media sosial.

Long Tiger menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook sebelum ini.

Mempunyai 3 rekod kesalahan

“Suspek didapati mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng dan polis sedang membuat siasatan lanjut.”

Menurut beliau lagi, hasil siasatan mendapati Long Tiger mempunyai tiga rekod kesalahan lampau membabitkan kes ugutan jenayah pada 2009 selain kes culik dan kes rogol pada 2012, yang kesemuanya sudah disabitkan kesalahan.


[fbcomments]